Thursday, January 27, 2011

keikhlasan seorang insan yang bernama 'PEREMPUAN"

Seorang gadis terjumpa buku di taman. Dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya,dan juga tertera 'AMIR yang ingin mencari SaHAbAt hAtI' .
    Tergerak hati gadis itu untuk mengutus surat dan mengembalikan buku tersebut kepada si jejaka misteri itu. beberapa hari kemudian, si gadis mendapat balasan daripada jejaka tersebut bahawa dia sudi untuk berkawan dengan si gadis  dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu.
Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. persahabatan bertukar menjadi perasaan sayang. namun begitu mereka belum pernah bertemu.
    si gadis amat ingin bertemu dengan si jejaka misteri dan begitu juga si jejaka.
   pada suatu hari, si gadis dipanggil untuk menyambung pelajaran di luar negara. Si gadis susah hati kerana bimbang dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan jejaka kesayangannya.
    Maka diutus surat kepada jejaka itu. "  Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang kepadaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. aku akan memakai pakaian muslimahku dan membawa sekuntum mawar merah. aku akan mengenalimu sekiranya kamu memegang sekuntum mawar merah. setelah itu izikan aku membawamu untuk makan malam dan bertemu dengan orang tuaku" .
   Selang beberapa tahun, pada hari kepulangan si gadis yang diangkat sebagai siswazah, si jejaka yang setia itu menunggu kepulangan buah hatinya sambil memegang sekuntum mawar merah.   Diperhatikan setiap gadis yang membawa sekuntum mawar merah, seperti dalam perjanjian mereka dahulu. begitu juga si gadis berdebar-debar bertemu orang yang disayangi.
   Tiba-tiba si gadis ternampak jejaka yang gemuk,hitam, berjerawat, duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persis  mencari seseorang.
   kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. si gadis sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah jejaka pujaannya selama ini amat berbeza daripada imaginasinya. namun dia memberanikan diri  menghampiri jejaka tersebut dan menyapa, Amir? jejaka itu melihat ke arah si gadis dan tersenyum ceria. si gadis terus menghulurkan bunga mawar kepada si jejaka itu dan berkata: " aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" .
   si jejaka itu tersenyum dan berkata: "Aku tidak tahu apa yang terjadi. tetapi ada seseorang jejaka tampan memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku makan malan dan bertemu dengan orang tuamu" .
  Berapa ramaikah wanita yang sesuci hati gadis ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan jejaka cacat itu Amir.Masihkah wujud  wanita seikhlas dan seluhur hati wanita itu?


"mai berharap sgt mai akan jd seperti wanita tu...
insya-Allah..."

No comments:

Post a Comment